Khamis, 12 September 2013

Stock Express Breast Milk untuk damia sebelum memulakan kerja selepas bercuti berpantang.

Assalammualaikum...
Saya nak kongsikan bagai mana nak kumpul stock susu perahan untuk memulakan kerja selepas cuti bersalin.
1. Dari dalam pantang ibu digalakkan pump susu untuk buat stock. Saya sendiri mula kumpul stock masa anak umur 2 minggu.
2. Buat tanderm nursing=sebelah breast anak hisap. Sebelah lagi pump. Tak kisah pump manual ke elektric ke. Janji pump. Sikit ke hasilnya..banyak ke hasilnya simpan dan beku kan.  Sebelum tu jangan lupa labelkan tarik dan masa.
3. Minum air masak banyak. 2-3 liter sehari. Makan makanan berkhasiat.
4. Mood perlu happy saja. Jangan stress. Ambil vitamin b untuk kurangkan stress.
5. Minum susu untuk beri tenaga.
6.  Berfikiran positif. Jangan pikir payudara tak cantik kalau susukan anak. Jangan pikir badan tak slim susukan anak.
7. Minta bantuan suami/ibu sekiranya masih dalam pantang.
8. Waktu malam nak bawa ke subuh..buat power pumping. Apa itu power pumping?

☆ Pump manual☆

¤Pump kanan 10 minit.
¤Pump kiri 10 minit.
¤Rehat 10 minit.
¤Diikuti sehingga 1 jam.

☆Pump electric single☆

¤Sama prosedur dengan pump manual.

☆Pump Double electric☆

¤Pump kedua belah breast selama 10 min.
¤Rehat 10 min.
¤Diulangi sehingga 1 jam.

Sambil-sambil pump...sambil-sambil memyusukan anak...sambil-sambil berdoa dan tawakal. Insyaallah. Allah itu sentiasa dengan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...