Ahad, 25 Ogos 2013

KELAHIRAN PUTERI KAMI.

6 august 2012 bersamaan 17 ramadhan. nuzul alquran lahir lah seorang bayi perempuan pada jam 434am. tiada tanda hendak bersalin. tiada tanda sakit yang lama.tiada air selusuh.  hanya 1 jam, bayi kami selamat dilahirkan. 1minit kelahiran terus diletakkan didadaku. suaranya....kus semangat...kuat ya amat. kudakap dan terus penyusuan yang pertama. Pertama kali dalam hidup menyusukan bayi. biasanya teori sahaja. praktikal keatas orang lain bergelar pesakit. sekarang praktikal atas diri sendiri. baru la rasa macam mana menyusukan anak.
semasa kelahiran bayi perempuan kami...si ayah turut sama menemaniku di kamar bersalin. dapat lihat setiap prosedur. baru dia tahu macam mana sakit nak bersalin. dalam teori kita sedia maklum bahawa bayi akan aktif selama satu jam selepas kelahiran pada minit pertama. itu perkara yang betul. 1 jam bayi memang aktif. bayi dapat mencari nipple siibu dengan cepat. kuasa allah swt. amat menakjubkan. sebelum ini hanya tahu melaui teori dan tontonan video. selepas beberapa minit. si anak dibawa ke bilik prosedur untuk dibersihkan dan diletakkan di atas warmer khas untuk bayi supaya bayi tidak mengalami kesejukkan. prosedur keatasku diteruskan. azan dan iqamat serta belah mulut dilakukan oleh si ayah disaksikan oleh ibuku serta adik-adikku. ayahku tidak dapat hadirkan diri kerana urusan kerja.
selepas prosedur keatasku selesai...kami dua beranak ditempatkan di katil. si ibu tidak dapat lelapkan mata kerana terlalu gembira. penyusuan ibu diteruskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...