Kerana terlalu gembira dapat anak...saya tidak rasa lapar atau dahaga. Saya pakaikan puteri kami dengan topi bunga sekuntum ini. bila pesakit yang lain atau staff yang lalu lalang..mesti tegur sicomel ini. sampai dah penat hendak menjawab pertanyaan mereka.
Saya admit ward 5/8/2013 jam 10pm. Rasa sakit tidak ada. Cuma rasa tidak sedap hati dan kurang selesa. sempat post dekat facebook mengatakan saya admit ward. hihihi...
bila check 2cm sudah. suami maklumkan kepada ahli keluarga di mersing dan juga melaka.
nasi kerabu sempat dijamah semasa berbuka puasa. alhamdulillah.
prosedur pemeriksaan awal dilakukan. selepas selesai saya dinasihatkan supaya berehat dikatil. semua pesakit disitu juga staff mengatakan bahawa anak sulung lambat sikit bersalin. hati ini...dup dap dup dap....takut..huhu...sada 2,3 ibu yang tidak senang duduk akibat menahan sakit...saya?? masih diawangan dengan perasaan takut. 3 orang ibu selamat bersalin bergilir-gilir. jam 3 lebih saya inform staff bahawa saya mula rasa sakit. bila di periksa....full...masa tu rasa lega sebab jalan sudah buka.
waktu pagi...bila semua dah bangun jam 7am. terkejut yang saya dah bersalin. tidak dengar pun mengerang ke...menangis ke...bila pikir balik buat apa nak menangis. baca ayat alquran supaya mudah bersalin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan